Monday, November 25, 2013

Kalau dah' toman', pakaikan mahkota pun ia tetap 'toman'

Selalunya kehidupan orang yang baru mendapat nikmat ini hidup mereka kadang kala adalah 'fake' dan tidak natural, tulis Aspan Alias (gambar).

“Dalam waktu membuat ‘adjustments’ dengan keadaan dan situasi baru itu, ia menyakitkan mata dan hati banyak pihak yang bersangkutan dengan orag ramai,” tulis beliau di dalam blognya, kelmarin.

Kata-kata orang tua dahulu kala ada berbunyi, ‘seorang yang berdarah raja itu, jika menjadi buruh pun ia tetap raja, tetapi jika seorang 'toman' (singkek), jika diletakkan mahkota di kepala mereka sekali pun, ia tetap dengan sikap  'toman'nya.

Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah.
Dulu-dulu orang kampung seperti saya ini pergi sekolah naik bas dan naik bas pula tidak seperti orang di bandar. Saya menaiki bas pada pukul 6.30 pagi tetapi belum tentu sampai ke sekolah jam 8 pagi.

Pertamanya ialah kerana bas di kampung selalunya bas yang sudah tua. Kadang kala bukan bas yang membawa kita, sebaliknya kita pula yang terpaksa menolak bas apabila bas melalui jalan lumpur yang tidak ada tar.

Sekarang ini zaman lain. Sekarang semuanya sudah ada jalan sampai ke pintu pagar setiap individu terutamanya di negeri-negeri pantai barat di Semenanjung.

Kereta pun sudah banyak dan semua jalan adalah jalan tar. Bukan sahaja semua orang pergi ke mana-mana dengan bas dan kereta yang baik, bagi mereka yang pandai terutamanya yang kuat berjuang sebagai ‘social climbers’ pergi ke mana-mana naik jet peribadi.

Kalau tak mampu beli jet sendiri, rakyat ramai yang membayar semua kos itu hingga jutaan ringgit harganya. Kalau di setengah negara pergaduhan berlaku kerana kemiskinan, tetapi sekarang manusia bergaduh kerana barangan dan perkhidmatan yang mewah yang tidak termimpi oleh mereka yang sedang mendapat nikmat besar tadi.

Kemajuan peribadi begitu mendadak sehinggakan tidak sempat untuk melatih diri untuk tidak terlalu gelojoh dengan nikmat yang datangnya dari pengaruh politik suami atau isteri masing-masing.

Nikmat yang didapati oleh mereka yang belum sempat membentuk diri yang secocok sebagai manusia dalam tahap ‘social’ yang tinggi, maka terjadi dan terbentuklah situasi dalam mana mereka seperti ini hidup dalam ‘glamour’ yang keterlaluan.

Mereka yang baru masuk dalam kumpulan ‘orang kaya baru’ ini akan terlajak dalam semua hal dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan baru mereka itu.

Berlainan dengan mereka yang sudah tersedia lahir dan hidup dan dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan tahap ‘social’ yang tersedia tinggi. Mereka yang dari kumpulan ini hidup mereka lebih ‘natural’ dan ‘glamour’ itu bukan perjuangan atau niat mereka dalam semua langkah kehidupan mereka.

Mereka dalam kumpulan ini boleh turun dan boleh naik di mana-mana dan selalunya tidak akan memikirkan hal ‘glamour’ itu lagi.

Mereka dalam kumpulan ini, jika memakai pakaian yang murah pun nampak seperti memakai pakaian yang mahal. Mereka tidak perlu lagi menempelkan imej baru kerana dari lahirnya mereka sememangnya sudah berada di tahap itu. Maka tidak ada risiko memakan dan berbelanjakan wang awam untuk menambah dan menempelkan imej yang mereka mahu masyarakat melihatnya.

Mungkin ramai yang tidak faham apa yang saya nyatakan ini tetapi untuk memudahkan kefahaman itu elok kita tengok filem arahan P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapuk. Kita boleh belajar banyak nilai kemasyarakatan .

Aziz Satar terpaksa belajar cara berjalan sebagai orang kaya setelah terjumpa harta karun yang bertimbun.

Aziz berfikir jika sudah jadi kaya cara berjaan pun kena ubah. Aziz menjadi bahan ketawa penonton dan itu adalah satu keadaan yang hakiki yang sedang berlaku dalam masyarakat kita khususnya yang baru mendapat kekayaan dan kedudukan yang tinggi.

Selalunya kehidupan orang yang baru mendapat nikmat ini hidup mereka kadang kala adalah 'fake' dan tidak natural.

Dalam waktu membuat ‘adjustments’ dengan keadaan dan situasi baru itu, ia menyakitkan mata dan hati banyak pihak yang bersangkutan dengan orag ramai.

Kata-kata orang tua dahulu kala ada berbunyi, ‘seorang yang berdarah raja itu, jika menjadi buruh pun ia tetap raja, tetapi jika seorang 'toman' (singkek), jika diletakkan mahkota di kepala mereka sekali pun, ia tetap dengan sikap  'toman'nya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment