Kerajaan kudeta Mesir telah menguatkuasakan undang-undang baru yang mensyaratkan setiap perhimpunan awam perlu mendapat kebenaran daripada polis, lapor BBC.
Undang-undang yang mirip dilaksanakan di negara ini juga menghalang segala bentuk perhimpunan melebihi 10 orang tanpa kebenaran polis.
Menurut BBC, undang-undang baru itu digubal bagi membanteras siri-siri bantahan yang dilakukan saban minggu oleh para penyokong presiden Mohamad Morsi yang digulingkan tentera dalam satu rampasan kuasa awal tahun ini.
Unjuk rasa yang digerakkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan kerajaan kudeta Mesir telah meragut ribuan nyawa.
Lebih 2000 anggota Ikhwan Muslimin termasuk pemimpin utama mereka kini ditahan di penjara Mesir atas pelbagai tuduhan.
Morsi sendiri menghadapi perbicaraan atas dakwaan terlibat dalam insiden kematian penunjuk perasaan ketika memegang tampuk kuasa.

No comments:
Post a Comment