Kerajaan hari ini menafikan bersikap acuh tak acuh untuk membangunkan semula projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang tergendala akibat beberapa masalah.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata sebaliknya, kementerian sedang berbincang dan mencari jalan bagaimana untuk memulihkan projek yang bermasalah itu.
"Siapa kata kerajaan acuh tak acuh, saya lebih acuh, kami semua sangat acuh, kami tidak abaikan perkara ini, kami sedang cari jalan, beri kami masa untuk menghidupkan semula projek ini," katanya ketika menjawab soalan Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang) mengenai tindakan kerajaan untuk membangunkan semula projek NFC pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Tajuddin berkata kementerian juga sedang mencari pengusaha baharu untuk mengusahakan ladang satelit fidlot yang ada di seluruh negara dan tidak bergantung kepada segelintir pengusaha sahaja.
"Mereka yang berminat akan diberi peluang untuk menggunakan fidlot ini, kami hendak hidupkan semula kira-kira 50 ladang satelit fidlot di seluruh negara," katanya.
Sementara itu, menjawab soalan Datuk Henry Sum Agong (BN-Lawas) mengenai fokus kepada usaha untuk meningkatkan hasil produk pertanian yang boleh meningkatkan ekonomi golongan sasar, Tajuddin berkata kementerian telah melaksanakan pelbagai langkah dengan penggubalan Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 bagi menjamin bekalan makanan mencukupi dan selamat dimakan. - Bernama

No comments:
Post a Comment