Sunday, March 2, 2014

Bukti sayangnya Ali Tinju pada Rosmah


Berita "Mungkin sayangnya Ali Tinju atau Mohd Ali Baharom, ketua senaman punggung dan Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia kepada Rosmah Mansor melebihi pembodek yang lain.

Buktinya Ali Tinju minta PM Najib Razak memecat Menteri KDN, Zahid Hamidi kerana tak menjaga maruah Rosmah. Puncanya Zahid Hamidi menyampaikan Anugerah Media Sosial kepada Malaysiakini.

Malaysiakini sebelum itu menyiarkan berita berhubung kesibukan Rosmah yang tiada masa untuk hobi, antaranya bermain badminton yang telah menjatuhkan maruah Rosmah.

“Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) Zahid Hamidi kepada Malaysiakini.

“Itu kami sedih dan rasa marah kepada menteri KDN yang tidak peka, tidak celik dan tidak bijak yang boleh dipanggil bodoh,” kata Ali Tinju dipetik Malaysiakini.

Ali Tinju yang turut mengetuai Sekretariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT) memberi tempoh 7 hari kepada Malaysiakini untuk memohon maaf atau berdepan dengan protes besar-besaran NGO itu.

Protes besar-besaran dengan membawa 20 hingga 30 orang kerana tidak mahu mengganggu lalu lintas dan perniagaan pada hari tersebut.

“NGO ini ikut peraturan sedia ada, perlu ambil kelulusan polis dahulu… tak ada botol, kaca, pistol kita datang dengan surat sahaja, kita suarakan bantahan itu.

“Bagi saya tak perlu bawa 1,000, 2,000, itu budaya songsang, budaya hura-hara rosakkan kedai orang lain,” kata beliau, lapor Malaysiakini. - Ekeleh.com

Baca juga :Akhirnya Yana Samsudin mengaku..."

No comments:

Post a Comment