Mohd Shamsul bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Dungun, Terengganu menang kes saman "penghakiman ingkar" kepada Presiden PAS. Kemenangan ini dikatakan kerana Presiden tidak hadir mahkamah lalu mahkamah mengiyakan saman mengikut jumlah tuntutan RM2 juta.
Ada banyak kekeliruan dalam kes ini sehingga berlaku tuduh menuduh. Ada yang menuduh penguam PAS tak cekap, ada yang kata orang sekeliling (penasihat Presiden tak berfungsi). Ada juga yang kata ada golongan tertentu nak jatuhkan Presiden dan sehingga akhir ada juga menyalahkan kononnya bangunan PAS Marang tak ada orang bertugas.
Jika kita teliti video ucapan Presiden PAS berkaitan perkara ini tidak ada nama yang jelas disebut dan tak dituju kepada sesiapa secara jelas? (rujuk video di sini) Ikut logiknya kes ini sepatutnya tak 'lekat' di mahkamah. Tapi kes ini boleh lekat. Kita tak ada kuasa membuat penentuan itu kerja hakim. Tapi kita hanya ada keraguan dalam isu ini.
Surat pertama dihantar (entah siapa) kepada Presiden PAS sendiri di rumahnya. Surat ini diserah kepada penguam PAS Haji Asmuni Awi. Peguam PAS menjawab tak ada kaitan dengan tuan guru dan beberapa kali menghubungi peguam Mohd Shamsul tetapi telefon tidak diangkat dan di jawab. Anggapan perkara ini mungkin terhenti di sini kerana tak ada kes atau isu.
Tiba-tiba ada surat baru (surat ketiga) sampai dan lewat untuk dibalas. Hakim telah membuat keputusan lebih awal daripada sepatutnya.
Dimana surat kedua yang menyebabkan Penghakiman Ingkar?
Di dalam afidavit tersebut yang bertarikh 11 Februari 2014, Plaintif telah melampirkan sama dokumen berikut iaitu :
1) sesalinan Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini,
2) surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Presiden PAS bagi tujuan menyerahkan Writ Saman tersebut; dan
3) Kad AR pejabat pos yang mengandungi nama dan tandantangan pihak yang menghantar dan menerima Writ Saman tersebut beserta dengan tarikh penghantaran dan tarikh penerimaan.
Di dalam surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Defendan bagi tujuan penyerahan Writ Saman bagi kes ini, tertera di dalam surat tersebut bahawa peguam Plaintif telah menyerahkan saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang (depan Masjid Rusila), 21080 Kuala Terengganu.
Surat kedua tidak dapat dicari dimana-mana tempat, hanya diperolehi melalui carian yang dijalankan di kaunter pendaftaran mahkamah. Untuk dapatkan salinan surat berkenaan.
Satu lagi surat ketiga yang di alamatkan ke Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang sebenarnya tidak pernah diambil oleh sesiapa pun? Macam mana surat yang tak diterima boleh sampai kepada Peguam PAS di KL?
Saya dimaklumakan PAS Marang dalam mesyuarat Sabtu lalu cuba mengesan urutan ini untuk mengenalpasti siapa sebenarnya yang mengambil surat berkenaan dengan membuat nama tak betul dan kad pengenalan tak cukup.
Terdapat nama penerima chap Pos Malaysia tetapi nama penerima tidak dapat dikesan siapa. Manakala nombor kad pengenalan pula tidak cukup satu angka. Ini isu boleh disebut sebagai konspirasi..
Pelik kan??
Ini mainan siapa?
Tadi saya sebut logiknya kes ini sepatutnya tak bersabit. Tapi bila kita teliti kita dapati tujuan sebenar saman ini bukan untuk menang kes tetapi sekadar untuk dapatkan PENGHAKIMAN INGKAR sahaja.
Oleh itu cara operasi bagaimana surat-surat dihantar dan penerima menunjukkan ada unsur-unsur untuk Presiden tidak dapat hadir dan PENGHAKIMAN INGKAR boleh dibuat.
Untuk tujuan apa??
Sekadar untuk memalukan Presiden?
Memecah belahkan situasi orang-orang belakang Presiden?
itu masih menjadi siasatan.
Hanya kita membuat anggapan kes ini akan selesai diluar mahkamah?
Oleh siapa?
Ada yang menyebut kepada saya Anwar Ibrahim akan balik daripada Jepun dan mengistiharkan kes ini di tarik/diselesaikan diluar mahkamah. Itu saya anggap andaian jahat sahaja. Tapi boleh dimasukkan dalam siasatan untuk mendapatkan jawapan.
Memang sukar untuk mengetahuinya melainkan kita terlalu bijak 'bermain' politik.
Saya serah dulu untuk perbahasan umum sebelum saya sambung lagi tulisan ini.
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com
No comments:
Post a Comment