Sunday, March 2, 2014

Tahanan hidap asma mati dalam lokap polis Bayan Baru

Seorang tahanan reman ditemui mati di Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru di sini selepas mengadu kurang sihat awal hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata lelaki berusia 50 tahun yang ditahan pada 24 Feb lepas kerana kesalahan dadah itu disahkan mati kira-kira pukul 1 pagi.

Lelaki yang ditempatkan bersama enam tahanan lain termasuk adik lelaki kembarnya yang ditangkap atas kesalahan sama, dijadual direman sehingga 5 Mac.
  
"Semakan rakaman kamera litar tertutup yang ditempatkan di balai berkenaan juga mengesahkan lelaki itu tidak dipukul sesiapa semasa di dalam lokap," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Beliau berkata anggota keluarga lelaki terbabit memberitahu suspek menghidap asma dan penyakit kencing manis.

Lai berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut.

No comments:

Post a Comment