Walaupun banyak yang menganggap mitos, tapi doktor dan pakar kesihatan, dr. Sonia Wibisono percaya bahawa tauge memiliki manfaat kesihatan seperti meningkatkan tenaga pasangan saat bercinta.
Menurutnya, sayur dari kacang hijau ini sangat baik dimakan jika anda dan pasangan ingin segera memiliki anak.
"Tauge itu mengandung banyak zink dan vitamin E yang baik dimakan
untuk membantu pergerakan sperma. Wanita akan lebih subur setiap bulan
kalau rajin makan tauge. Begitu juga dengan lelaki.
Tauge juga megandung banyak protein, vitamin C dan banyak vitamin B,"
jelas Sonia. Bagi anda yang ingin mendapatkan manfaat sayuran yang
berasal dari kacang hijau ini, anda hanya perlu merebus atau
menumisnya. "Kalau mau direbus jangan terlalu masak. Yang penting
dibersihkan dengan air mengalir dan air bersih. Selain itu boleh
ditumis dengan minyak sedikit," katanya
No comments:
Post a Comment