Rancangan pemberian saham air kepada rakyat yang
diumumkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Mei 2013 akan
diteruskan selepas penstrukturan semula industri air selesai sepenuhnya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasrat itu diyakini akan dapat dipenuhi kerajaan negeri, namun tiada sebarang jangka masa ditetapkan untuk pelaksanakannya.
“Sudah dapat baru kita umumkan kerana Kerajaan Negeri sudah berjanji pada Mei tahun lalu iaitu selepas selesai penstrukturan air, kami akan kenalkan saham air kepada rakyat.
“Tetapi tiada tempoh masa ditetapkan kerana kerajaan negeri perlu pastikan penstrukturan air ini selesai terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan Melayu Selangor di Dataran Kemerdekaan, di sini.
Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memaklumkan perjanjian untuk menyusun semula industri air di Selangor adalah terikat dan tidak boleh dibatalkan kerana kedua-dua kerajaan pusat dan negeri komited untuk melaksanakannya.
Katanya perjanjian itu dengan jelas menyatakan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri dengan Selangor mesti melaksanakan apa yang dijanjikan dalam memorandum persefahaman (MoU) untuk meluluskan projek loji rawatan air Langat 2.
Pada masa yang sama, katanya kerajaan persekutuan memberi Kerajaan Selangor kuasa untuk mengambil alih pengurusan merawat dan membekalkan air kepada lebih tujuh juta penduduk di Lembah Klang dan Putrajaya.
“Kerajaan Negeri mewakili rakyat Selangor dan keputusan ini dilakukan untuk ‘value for money’.
“Kita ingn memastikan loji rawatan air itu dibina dengan sebaiknya kerana kita memerlukan itu tetapi ia perlu dilakukan dengan pemahaman bahawa kita mendapat harga, teknologi dan cara terbaik,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment