Mengenai sebab2 langkah kajang diambil saya sudah beri alasan tiori disebaliknya. Itu penghuraian rasional. Ada orang kata itu semua cerita nenek kebayan. Tapi kepada saya, jika sesuatu peristiwa itu tidak ada alasan tiori , ianya tidak bagus. Tidak ada tiori erti tidak ada intisari yang boleh dijadikan model untuk peristiwa2 yang akan datang. Ia tidak mempunyai kuasa penerang. (explanatory power).
Tapi kalau tidak mahu penerangan rasional, kita ada alasan yang bukan
rasional. Alasan disebalik langkah ini ialah ianya diperlukan untuk
menguasai Selangor dan menjadikan Selangor sebilah pisau yang menghala
ke jantung sarang segala perompak yang sekarang ini berkelana di
Putrajaya. Itu alasan yang paling mudah. Kerana itu kita mesti menangkan
Anwar Ibrahim. Simple. Jika Anwar menggunakan Selangor untuk jalan ke
Putrajaya dan menjadi PM, apa salah nya. sesiapa pun boleh memasang
cita2 menjadi PM.
Anwar kan tidak
bermoral? Morality UMNO bagaimana? Morality puak UMNO adalah morality
limbahan. Limbahan belakang rumah tok perempuan saya di Pekan Pahang
dahulu lebih banyak morality.
Munasabahkah kita beranggapan bahawa Anwar mahu menggunakan Selangor sebagai bargaining chip memasuki kembali kepangkuan BN dan jadi TPM? Kenapa seorang yang boleh jadi PM mahu kompromi dan jadi nombor dua dibawah pimpinan Najib pulak tu? Saya serahkan para pembaca mengadili tiori yang sedemikian. Nampak sangat sesiapa yang mendepankan tiori ini sudah dibayar Najib supaya memagari Najib.
Ada orang berfikiran bahawa langkah kajang ini suatu tindakan yang salah. Ianya diambil kerana mahu get rid of Khalid Ibrahim. Jika Khalid Ibrahim suatu masaalah, apa salah nya kita get rid of Khalid? Jika Azmin suatu masaalah, Azmin pun kena replaced.
We are not in the game on UMNO’s terms.
Tiba2 Khalid jadi UMNO’s angel.
Kita patut hairan dan risau bila tiba2 kepada UMNO Khalid is an angel. Selama ini apa yang Khalid tidak kena maki? Dari gagap sehingga ada ramai gundek2. Bermukah dengan Faekah dan Elizabeth Lim.
Fakta bahawa UMNO tiba2 mahukan Khalid terus kekal sudah cukup untuk menaikkan syak kita. Boleh jadi Khalid Trojan horse UMNO yang mahu menguasai Selangor semula?
Khalid dah mencapai
banyak yang positif untuk Selangor, seperti reseb tunai yang banyak dan
lain2. Semua ini yang tidak pernah releven untuk UMNO, tiba2 jadi
sumber penghargaan. Jika ia sudah bagus, ini sudah mencukupi untuk
menjadikan Selangor suatu showpiece kualiti kepimpinan PR terutama PKR
bukan?
Pandangan yang demikian ada betul tapi tidak functional untuk politik. jika bagus in vacuo tapi tidak functional tidak berguna. Bagus atas nama bagus tapi tidak memfaedahkan reality tidak guna juga. Kita hendakkan pemimpin yang bagus dalam functional sense. Seperti Najib. Dia bagus atas kertas rancangan pakar runding. Dia bagus kepada rakat Pekan yang sudah disintuk-limau. Tapi untuk Malaysia, Najib hampas. Dia tidak functional lansung.
Berpolitik bukan untuk dapat markah bagus tapi untuk serve a purpose. Objek politik ialah mendapat dan mengukuhkan kuasa. Kuasa untuk melakukan keburukan boleh juga dilakukan untuk melakukan kejahatan. Bila sudah kalah dan hilang kuasa, pencapaian yang bagus si Khalid Ibrahim hanya jadi bualan nostalgic. Itu jam baru padan muka kita.
Jangan kita hilang punca dari sentiasa menganggap bahawa overriding
objective kita ialah menjatuhkan serigala BN dan UMNO dari semua punca
kewangan. Semua punca kewangan, wang terkumpul, dana, projek, harta
benda dalam bahaya juka orang UMNO ada berhampiran. Jauhkan mereka
dengan mengenyahkan mereka dari kuasa politik.
Dalam hubungan ini, saya sudah jawab Dr Mahathir punya dakwaan bahawa semua orang dalam bahaya dengan Awwar Ibrahim ada berhampiran. Yang dalam bahaya ialah semua yang merompak dan menyamun dan menggadai harta benda rakyat.
Kita jangka UMNO akan guna segala tipu helah dan tektik yang paling kotor untuk mengalahkan Anwar. Anwar masih diangap sebagai musuh nombor satu negara. Darjat musuhnya lebih tinggi dari pencerboh Sulu yang mendedahkan kelembapan dan kelemahan system pertahanan negara. Tapi itu cerita lain. Biarlah UMNO buat pantomime dan drama untuk melembutkan hati balu2 perwira yang gugur. Ianya tidak akan menyembunyikan kelemahan pertahanan negara kita. Sehinga kini tidak ada closure mengenai episode tersebut dan tidak ada white paper mengenai nya. rasuah berleluasa. Para actor utama dalam eisod serangan beberapa orang yang kekuarangan makanan dan hanya pakai kain dan selipar jepun. menghalalkan pembelian barangan dan asset tentera tanpa tender. Pembekal dipilih ikut selera mereka yang berkuasa.
Orang2 seperti ini yang akan takut bila Anwar naik. Sebab itu Dr Mahathir kata tidak ada orang selamat jika Anwar naik. Perompak dan penyamun, perasuah, yang membantai perbendaharaan negara , mereka semua idak akan selamat.
Yang rasa kurang senang dengan langkah kajang, bayangkan ini: apa jadi jika kesemua ADUN PAS yang seramai 15 orang bergabung dengan BN kerana dijanjikan jawatan MB? BN-PAS Selangor akan ada 27 kerusi DUN. PR tinggal 29.
Atau 7 dari PKR dan 7 PAS keluar parti masing2. Yang bukan PR akan ada 14 campur dengan12(BN) terdapat 26 yang bukan PR. Dalam kedua kes, BN hanya perlu membeli beberapa orang sahaja dari sama ada PAS atau PKR untuk mencukupkan bilangan untuk menunjukkan bahawa PR Selangor tidak ada majority dalam DUN Selangor.
That’s all it takes to singkirkan kerajaan PR Selangor.
Kenapa kita tidak menyekat perkara ini berlaku? Oh sebab kalau kita melakukan seperti Langkah Kajang, kita menodai amanah rakyat. kerana membazirkan wang rakyat. kerana Khalid kan bagus? Kita lupa ini semua standard arguments dari BN. mengenai yang akhir itu- kita sudah jawab diatas.
Kenapa kita tidak melihat kenyataan didepan mata. Khalid mengalienasi ADUN2 PKR dan PAS. Nak jumpa pun susah. Kami dalam kesesakan nak servis kawasan takde peluru.
BN hanya perlu mengenal
pasti adun2 PKR dan PAS yang sesak dan beli mereka. Kalau 5 lagi
berhijrah kerana dapat RM25juta seorang, kerajaan PR Selangor akan
jatuh.
Katalah yang keluar dari PKR itu faksi yang diketuai sama ada oleh Khalid atau Azmin. Mereka tidak perlu masuk BN , hanya perlu tidak berada dalam PR. Dari PAS demikian juga. Sebab kalau keluar dan masuk BN, mungkin tuduhan sebagai pengkhianat terlalu berat. Hanya perlu tidak ada berada dalam PR.
Jika PR hanya tinggal 25 kerusi dan yang bukan PR sudah ada 31, ketika sidang dewan Undangan mahu bermula, Tuanku Selangor akan bertitah- Tan Sri, kerajaan Tan Sri nampak nya tidak ada jumlah majoity. Silalah turun. Nyah kamu dari kerusi kamu.
Ketika itu, kerajaan PR akan merusuh dan berkeras mengatakan mereka tetap ada majority. Speaker Hannah Yeoh yang enggan turun akan diperlakukan sebagaimana Sivakumar di DUN Perak diperlakukan. Semua mereka memprotes akan bersidang dibawah pohon angsana diluar dewan. Dalam dewan, yang tinggal sudah memertabatkan MB baru.
Ketika itu mereka yang mengecam dan marah kepada Anwar kerana melakukan langkah Kajang akan menyesal. Mereka akan kata. Bodoh si Anwar dan lain2. Dah tahu perkara ini mungkin berlaku tidak mahu melakukan sesuatu.
Tatkala itu, nasi sudah jadi bubur. PR sudah terkubur di Selangor. Kerana apa? Kerana sensitivity dan sensibilities kita terguris. Kerana Anwar tidak mahu bertindak. Kerana kita yang marah kepada Anwar, menerima hasutan BN bahawa mengadakan PRK adalah membazirkan wang rakyat.
Perkara yang hendak diperjuangkan di Selangor ini bukan nya, idealisme politik seperti demokrasi dan sebagainya. Semua ini boleh dilaksanakan dan dijadikan kenyataan, jika kamu ada kuasa. Dan kuasa bergantung kepada kepandaian bermain politk. Kena kita faham, permainan politik melibatkan semua usaha untuk kekal berkuasa. Jadi, kalau kita mahu kekalkan kuasa di Selangor, mari kita bermain politik.
Jika kita mahu memelihara academic sensitivities kita, baik kita tinggal dalam alam academia. Al akadamiyah al ‘alamiyah.
Orang2 yang sekarang ini cukup anti Anwar bertanding di Kajang akan merasa musibah jika mana2 antara Azmin atau Khalid Ibrahim belot dan join BN. Atau orang PAS tiba2 join BN. masa itu baru putih mata dan menyesal tidak habis2 mengatakan, kenapa Anwar tidak bertindak.
Kepada yang menyokong Khalid dan membenci Azmin, apa kamu hendak buat jika Khalid belot dan menyertai BN? apa kamu hendak kata jika Azmin belot dan menyertai BN? pada hari tersebut, tentu kamu akan kata- jikalah Anwar berbuat sesuatu, perkara ini tidak akan berlaku dan tentu Selangor masih ada dalam tangan PR.
Inilah yang Anwar lakukan. Dia mesti ada dalam gelanggang, mengemudi kapal supaya Selangor jangan jatuh ketangan perompak2 BN. kalau tak buat apa2, nasi akan jadi bubur.
SAKMONGKOL AK47
http://sakmongkol.blogspot.com
No comments:
Post a Comment