Sunday, March 2, 2014

Saman Presiden 2 Juta Tak Jejas Imej PAS?


Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, saman bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Abdul Hadi menyebabkan parti itu terus menerima sokongan. Maksud tersirat daripada kenyataan ini, tak jejas imej Presiden sebagaimana tajuk berita BERNAMA.

Mungkin itu jawapan terbaik, nak kata apa lagi. Tapi daripada isu saman 2 juta ini ada blogger minta Presiden PAS berundur. Rata-rata buat anggapan bahawa kenyataan itu satu tuduhan walaupun ada kenyataan bervideo mengenai jualan pil kuda oleh rakan penjual bersama calon PKR tersebut ada dalam simpinan PAS dan telah dipanjang kepada Anwar Ibrahim.

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan daripada banyak tulisan menunjukkan seolah-olah mencari dan membesarkan kesilapan serta kelemahan Tuan Guru Presiden PAS Haji Abdul Hadi. Ini seperti bola tanggung, tanpa sebarang kajian apa itu saman ingkar terus membuat tuduhan seolah-olah bersalah.

Kalau diteliti macam ada satu agenda tersembunyi, tapi kita perlu banyak kajian dalam hal ini.

Imej Tuan Guru Presiden dirobek untuk rakan dan lawan. Ini yang agak pelik. Ramai pimpinan PKR menyebut ini adalah hal peribadi tetapi berbeza dengan isu liwat Anwar Ibrahim bukan pula isu peribadi malah PAS bersama-sama mempertahankan Anwar.

Saya tak setuju dengan kenyataan tersebut tapi saya pun fikir apakan jawapan terbaik untuk dijawab jika ditanya soalan seperti ini?

Saman 2 Juta hanya mainan politik untuk sesuatu tujuan yang akan saya percerahkan dalam tulisan akan datang.

Artikel ini adalah berkaitan dengan berita Bernama di bawah:-

KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu menganggap saman sebanyak RM2 juta oleh bekas calon PKR terhadap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menjejaskan imej parti itu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, saman bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Abdul Hadi menyebabkan parti itu terus menerima sokongan.

"Isu ini seperti fenomena setiap kali adanya pilihan raya kecil (PRK) seperti PRK Kuala Besut hinggalah ke PRK Kajang," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Media bersama pemimpin Pas di sini.

Pada 23 Februari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal hadir untuk menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Dis tahun lalu.

Pada Khamis lepas, Abdul Hadi menfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah itu. -

No comments:

Post a Comment