Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata pemimpin negara ini seolah-olah tidak nampak ke mana matlamatnya dan ianya berbeza pada zaman Tunku Abdul Rahman yang jelas ke mana beliau hendak membawa masyarakat pada waktu itu.
"Tetapi hari ini kita lihat pensyarah pun tak tahu ke mana hala tuju. Student pun tak nampak. Hari ini timbul isu Kasim Ahmad, PM diam seribu bahasa.
"Kita perlu kepada kepimpinan misalnya dalam rumah tangga tentulah bapa. Hari ini negara seolah-olah tidak dipimpin ke mana arah kita hendak pergi," katanya ketika berceramah malam tadi di Taman Mesra di sini.
Katanya, situasi ini memberi gambaran bahawa Umno BN kehabisan 'bateri’ dan tidak ada daya upaya untuk mentadbir negara melainkan dengan memberi duit BR1M semata-mata.
"Kita tak perlu BR1M, kita perlu kepimpinan negara yang boleh tangani pelbagai isu misalnya pendidikan negara mesti ada hala tuju yang jelas.
"Lepas 50 dan 60 tahun Umno perintah negara, Pakatan Rakyat harus ambil alih kepimpinan ini. Kita ada Anwar Ibrahim jauh lebih ada vision dan hala tuju untuk masa depan kita semua," katanya yang disambut sorakan orang ramai yang membanjiri padang rekreasi di Taman Mesra.
No comments:
Post a Comment